
Asal usul congkah yang berasal dari afrika atau arab tetapi tidak boleh dipastikan yang mana betol, permainan ini tersebar luas dari afrika dan sehinggalah ke asia
cara permainan dia adalah mudah dan perlu berfikir, iyanya hanya boleh bermain hanya 2 orang sahaja dan mempunyai 7 biji lubang Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan satu demi satu pada setiap lubang, mengikut daerah ke kiri. Lubang besar yang terdapat di dua-dua hujung papan congkak itu dipanggil ‘rumah’. Setiap pemain akan memilih ‘rumah’ mereka sebelum mula bermain. Sedang mereka melepaskan satu demi satu biji itu, mereka juga akan letakkan satu di rumah masing-masing.
Buah congkak pula terdiri daripada beberapa jenis buah yang sesuai untuk dimainkan.Antara buah yang sering digunakan ialah kulit kerang,biji saga,biji getah,guli dan ketul-ketul batu kelikir.Buah-buah congkak bersaiz sederhana supaya mudah memegangnya semasa bermain.Tambahan pula,lubang kampung yang brsaiz kecil memerlukan buah yang kecil juga untuk memenuhi lubang tersebut. Jumlah buah adalah bergantung kepada jumlah lubang kampung.Semakin banyak lubang kampung,semakin banyak buah yang diperlukan.Namun begitu,buah dalam setiap lubang kampung haruslah dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11,13 atau sebagainya.
Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia.Di zaman teknologi ini Terdapat juga permainan congkak dalam talian yang telah dicipta.
Dalam permainan batu seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Giliran dan kemenangan ditentukan dengan siapa yang dapat menimbang paling banyak batu.
ConversionConversion EmoticonEmoticon